Wednesday, July 13, 2005

Cepatnya!!

Cepatnya masa berjalan (atau berlari?). Dah pertengahan bulan 7. Diam tak diam, Haziq Haikal dah 5 bulan. Makin besar, makin bulat, makin kuat dan makin nakal.

Badan pulak rasa tak sedap dua tiga hari ni. Pening-pening, rasa loya dan tak lalu nak makan. Balik rumah terasa macam nak terus tido aje. Nak masak pon takde mood.

Mungkinkah Haziq Haikal nak dapat adik?

Friday, July 08, 2005

Keldai Yang Menjengkelkan

Aku tak faham dengan keldai yang menjengkelkan di pejabat aku ni. Adakah kerana aku golongon popular menjadikan keldai ini amat dengki. Mungkinkah kerana dia berkahwin dengan kuda padi golongan bangsawan menjadikan dia lupa diri? Mungkin juga kerana hubungannya dengan kuda padi itu menyebabkan keldai yang menjengkelkan itu berfikir yang dia juga boleh berlagak seperti kuda arab?

Adakah dengan menggodek-godekkan punggungnya yang lebar itu boleh membuatkan dirinya popular seperti aku?

Mungkin dia belum sedar yang dirinya hanyalah seekor keldai yang menjengkelkan.

Wednesday, July 06, 2005

Iklan Syampoo

Aku letak komen ni kat entry Mat Jan.

mak aku kata "budak pompuan tuh gatai. pegi library bukan nak belajo, nak pegi ngorat!"

aku kata (dlm hati aje) "ye mak, anak mak pon gatai jugak. dulu pegi lib pon sebab nak ngorat senior.."

he he he

*ade ke org berani nak ngorat si fazura ni? garang woo..
hasmn | 6.7.2005 - 11:23:13 am | #


Bila tengok iklan syampoo ni aku teringat kenangan dulu-dulu masa aku rajin pergi library. Banyak sungguh kenangan. Siapa kata ulat buku sahaja yang boleh pergi library. Ulat bulu pon boleh kalau diikutkan. Macam-macam aktiviti boleh dibuat di library kecuali melalak berkaraoke. Berdating tu salah satu aktiviti utama. Tanyalah mana-mana budak U. Library la tempat paling happening

Jadi bila mak bagi komen macam tu, aku nak gelak tapi ditahan. Mana boleh membuka pekung didada beb. Aktiviti aku berubah mengikut tahun aku di Uni. Aku gatai masa aku di Pre-U. Tahun pertama di Uni. Ala kanak-kanak Ribena lagi. Riang gembira. Nak study teruk-teruk pon bukannya susah sangat subjek masa pre-u. Aku kenal dengan abang pon masa aku di pre-u ni la.

Aku kenal abang melalui telnet. Macam chat room tapi boleh laa tahu identiti sebenar kalau tau tricknya. Semua bebudak yang duduk dalam computer lab aja yang rajin telnet ni. Selalu bertelnet, tapi tak pernah jumpa. Jadi abang pernah bagitau dia pon datang library. Siap bagitau lokasi meja. Jadi kadang-kadang aku ikut roommate aku lepak lib semata-mata nak 'usha' mana satu abang aku ni. Berdasarkan meja yang diberikan ni, adalah sorang senior yang selalu duduk kat situ. Mati-mati aku ingat pak long tu abang aku. penat je jalan jauh-jauh pergi ambik kamus (rak buku tebal-tebal macam kamus dekat-dekat dengan meja tu) sebab nak tengok hensem ke tak 'abang' aku ni. kebetulan pulak pak long tu memang mengancam. Aiseh, aku dah gila bayang.

Bila kami betul-betul jumpa, aku malu sendiri. Salah orang laaaa.. Rupanya abang aku tu cuma masuk library bila lab komputer dah tutup. Pukul 10 malam baru nak masuk library (sebab nak copy assignment/tutorial dari pak long tadi). Ceh! Nasib baik abang aku pon hensem.

Kawan aku pernah cerita, bebudak uni ni macam buku dalam library jugak. Yang perempuan masa junior kategori red spot. Kene booking awal-awal. Kemudian pindah rak general. Bila final year duduk kat rak Encyclopedia/kamus-kamus. Lelaki pulak lain. Terbalik dengan student perempuan.

Jadi bila aku dah tak "single and available" lagi, aku pon menumpukan perhatian kepada study. Pergi library untuk study. Kadang-kadang sebab ada discussion dengan group member untuk assignment dan sebagainya. Aku bukannya minah library. Sebab aku tak boleh belajar dalam keadaan senyap sunyi. Panas punggung duduk diam lama-lama. Kalau tak kerana discussion, aku pergi library semata-mata nak tengok orang.

Cuma iklan tu tak real. Sebabnya, mana ada student pompuan pergi library pakai tudung simpul-simpul bagai, berbelit-belit kat tengkuk cam dalam iklan tu. Jarang aku jumpa yang pergi library berhias bagai. Selalunya, kalau mat library n minah library ni, dress code diorang takkan lari dari slipar jepun, jeans n t-shirt. Terompah tak pernah pulak aku tengok. Yang pentingnya kot bulu beruang tak boleh ditinggalkan. Library uni aku dulu suhu penghawa dinginnya adalah 4 darjah dibawah tahap beku.

Bila aku di tahun akhir, aku tengok ada laa sikit perubahan dari segi dressing bebudak ni. Agaknya sebab uni kami ni uni swasta. Ada yang dressing macam nak gi clubbing. Cuma diorang ni masuk library nak carik boyfriend/girlfriend ajak keluar. Ceh!

Dah lama aku tak duduk library. Seronok sebenarnya lepak library nih. Bukan saja boleh baca buku, malah ko boleh ngorat, usha orang, buat lawak bisu, kacau mak cik/pak ci guard dan tido. (eee.. aku pernah jumpa yg air liur meleleh atas meja.Yerk!!)